About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Saturday, August 1, 2009

.: LPK : Penubuhan Team LPK :.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, baru-baru ini telahpun berjalan satu perjumpaan pimpinan LPK bersama dengan Sahabat LPK 09 bagi membincangkan penubuhan team –team di bawah Sahabat LPK. Penubuhan team-team ini adalah bertujuan untuk memfokuskan gerak kerja LPK di samping menyelaraskan aktiviti-aktiviti di peringkat LPK sendiri. Ahli-ahli yang berada dalan setiap Team ini juga akan bertindak selaku Think Tanker untuk brainstorming ataupun membincangkan aktiviti berkaitan team berkenaan.

Sebanyak 3 Team telah ditubuhkan iaitu Team Dakwah LPK, Team Ukhuwwah LPK dan Team Fasilitator LPK. Bagi setiap Team berkenaan, ianya akan diketuai oleh senior-senior LPK yang berada dalam Jabatan Pembangunan Insan (JPI). Setiap team pula mempunyai focus gerak kerja tersendiri.

Team Dakwah LPK PMIUTM
• Merupakan team yang akan merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah umum di peringkat kampus.
• Sebagai contoh, sambutan hari ataupun bulan kebesaran dalam Islam, pengedaran risalah, bookmark serta ucapan-ucapan sempena final exam.
• Menyelaraskan serta meng’update’ blog LPK : blog diisi dengan berita serta promosi berkaitan aktiviti LPK, perjumpaan LPK serta bahan-bahan dakwah seperti artikel dan sebagainya.

Team Ukhuwwah LPK PMIUTM

• Bertindak untuk merancang aktiviti-aktiviti di peringkat ahli LPK untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli LPK.
• Mengadakan perjumpaan ahli LPK 2 minggu sekali dan merancang pengisian di dalamnya.
• Contoh aktiviti : rehlah, sukan, usrah, team sukan.

Team Fasilitator LPK PMIUTM
• Team yang akan menggilap ahli-ahlinya untuk membincang serta merangka modul-modul berkaitan program fasilitator.
• Menjalankan program fasilitator di sekolah-sekolah

Harapan saya semoga dengan terbentuknya team-team ini bakal melancarkan dan merancakkan lagi gerak kerja LPK di samping melatih mahasiswa mahasiswi Tahun Satu terutamanya untuk turut sama terlibat dalam merangka serta memberi idea berkaitan dengan program-program anjuran LPK khususnya. Harapan semoga ahli-ahli LPK yang diberikan tugas untuk menggerakkan team-team ini dapat memberikan komitmen secara berterusan, InsyaAllah. Siiru a’la barakatillah.

“ Tarbiyyah Sentiasa di Hati”

2 comments:

  1. salam..
    ini yg program iftar tu ke?
    maaf ana xdpt dtg masa tu..
    macam mana ana nak masuk team2 ni?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..
    oh faiz Jamaludidin, boeh hubungi saya di 013-7929596 dan nyatakan minat saudara untuk berada dalam team mana. sekiranya inginkan keterangan lanjut boleh jumpa saya, pengerusi LPK PMI.

    ReplyDelete