About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Wednesday, April 22, 2009

Ucapan-Ucapan Terpilih Sempena Exam

"Ya Allah, kurniakanlah kami KEJAYAAN yang MENDEKATKAN diri kami kepada-Mu, dan janganlah Kau kurniakan kami KEJAYAAN yang MENJAUHKAN diri kami daripada-Mu, esungguhnya kami mengharapkan keredhaan-Mu"
> Jangan tinggalkan SOLAT HAJAT setiap hari
> Jauhi DOSA
> Fokuskan pada BELAJAR
> Banyakkan DOA

"Keyakinan kepada ALLAH adalah ibarat air kedamaian yang tak pernah kering, menjadikan seorang muslim tetap TEGAR di saat orang lain berguguran dan tetap TENANG di saat orang lain ketakutan. Biar REBAH jangan BERUBAH, biar TERBUANG terus BERJUANG. Ujian adalah TARBIYYAH dr ALLAH, semakin DEKAT BAHTERA kita kepada-Nya, semakin Hebat TAUFAN melanda.."

Rahsia kejayaan Musa B. Nusair, General Islam yang tak pernah kalah.." sebelum memulakan pertempuran, sy bersunyi-sunyi dengan Allah, saya adukan segala kelemahan saya kepada-Nya, dan saya yakin Dia akan membantu saya. Inilah kelebihan orang mukmin, semakin sulit masalahnya, semakin tajam(mustajab) doanya. Memang, dalam perjuangan ada kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan. Sebaliknya, orang yang tak berjuang, kurang kesulitan tapi tidak merasai ketenangan"... Selamat berjuang menempuhi Imatihan..

"Ya Allah, sekiranya kegagalanku membawa fitnah kepada ISLAM dan PERJUANGAN, maka Kau cemerlangkanlah aku dalam setiap perkara. Dan sekiranya kecemerlanganku membuatkanku jauh dari ISLAM dan PERJUANGAN, maka Kau lebih berhak menentukan yang selayaknya untukku, Tidak ada apa yang Kau takdirkan sia-sia melainkan ada Hikmah yang belum tersingkap nilainya..."

"Ya Allah, permudahkanlah sahabatku ini menduduki imtihan dunia-Mu, dengarilah rintihannya yang sanggup bersusah demi ilmu-Mu, terimalah airmatanya sebagai penyejuk kemurkaan-Mu, belailah jiwanya disaat dia terkulai lemah agar terhindar dia dari mengharap selain-Mu, kuatkanlah dirinya untuk bangun berdoa kepada-Mu.."

Ala kulli hal, selamat bermujahadah wahai sahabat-sahabatku...
doaku sentiasa mengiringimu...

Friday, April 17, 2009

Kematian : Satu Peringatan!

Assalamualaikum.

Lujnah Pendidikan dan Kepimpinan PMIUTM mewakili seluruh ahli PMIUTM dan juga mahasiswa Islam UTM merakamkan ucapan Takziah kepada seorang sahabat LPK, Hairi Bin Ahmad merangkap Ketua Biro Kerohanian Kolej 11 atas pemergian abangnya yang terlibat dalam kemalangan pada pagi hari Jumaat, 17hb April. Saudara Hairi telah bergegas pulang pada pagi itu juga.

Harapan kami semoga saudara Hairi tabah melalui ujian-Nya di saat-saat menghadapi final exam yang bakal bermula pada minggu hadapan.

Sama-samalah kita doakan agar roh abang beliau berada bersama orang-orang soleh.
-Al-Fatihah-

::Cinta : Begitulah Selayaknya ::


Ya Muhaimin
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya pada Mu agar tidak terjatuh aku didalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

Ya Allah
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat disepertiga malam terakhir Mu..

Ya Allah
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada Mu..

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu..
Amin.....

::SAHABAT::


SAHABAT YANG SOLEH
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA
SAHABAT YANG SOLEH
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG UNTUK KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG SOLEH
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN,NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU AGAR IA TIDAK
BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG SOLEH
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHANMU

Monday, April 13, 2009

Jalan Dakwah

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

Tuesday, April 7, 2009

>Dunia Sebagai Tempat Berdagang<

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
“Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. “Ibnu Umar r.a. berkata,” Jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh diwaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati”.
al-Bukhari

Huraian
1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup didunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia