About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Wednesday, October 28, 2009

.: Lelaki Pilihan Allah :.


(Gambar Hiasan: Lelaki Pilihan Allah juga org yang kuat tubuh badan...rajin2 bersukan yea...:) )

Lelaki Pilihan Allah...
ialah lelaki yang beriman,
Yang hatinya bersalut rasa takqwa,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam ,
Yang sentiasa dahagakan ilmu,
Yang haus akan pahala.


Di mana solat adalah maruah dirinya,
yang tidak pernah takut berkata benar,
yang tidak gentar melawan nafsu,
yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan ALlah.


Lelaki Pilihan Allah...
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
yang tidak megah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tidak angkuh dengan harta yang dicarinya,
yang sentiasa membuat kebajikan kerana hatinya yang penyayang.


Lelaki pilihan Allah...
Sentiasa sedia untuk menjadi imam,
yang masjid dijadikan rumahnya,
Yang hidup dibawah naugan Al-Quran,
serta sentiasa mencontohi Rasulullah,
yang boleh dibawa berbicang dan berbicara,
yang menjaga matnya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran.


Lelaki Pilihan Allah...
Adalah lelaki yang tidak pernah membazir masa,
matanya penat kerana membaca,
suaranya lesu kerana berzikir dan mengingati Allah,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunya pada subuh dengan penuh kecerdasan,
usia bertambah selari dengan kematangan.


Lelaki pilihan Allah...
sentiasa mengingati mati,
yang baginya dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian.


Lelaki pilihan Allah...
adalah yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana mengimpikan syurga,
dan merindui redha Ilahi,
kerana itulah matlamat akhirnya.....

( Ya Allah...jadikan aku lelaki pilihan MU )

dipetik dari blog naqib masa di KMPP : http://mahfuznajhan.blogspot.com/

Tuesday, October 6, 2009

.:ISTIQAMAH yang TERTINGGAL di Ramadhan:.



Salam Syawwal buat sahabat-sahabat sekalian.

Alhamdulillah,syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan berkat-Nya sama-sama dapat kita merasai nikmat tarbiyyah yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang beriman, iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Syukur kepada Allah S.W.T kerana mempertemukan kita dengan bulan yang penuh barakah ini. Sahabat-sahabat yang saya sayangi, 2 minggu sudah kita meninggalkan university tarbiyyah ini, apakah yang sahabat dan sahabiah rasai?

Wahai sahabat sahabiahku,

Selanyaknya kita bergembira di bulan kemenangan ini, Syawwal setelah sebulan melalui ujian dan akhirnya kembali kepada fitrah manusia yang asal, terampun segala dosa yang dilakukan. Betapa sayangnya Allah kepada kita, yang mengurniakan kelebihan untuk sama-sama kita kutip di samping mengharapkan keredhaan dari-Nya.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang mukmin yang bertaqwa, kita seharusnya merenung sejenak, bermuhasabah, sebagai koreksi diri bagi menilai apakah yang telah kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang telah berlalu pergi. Tanya pada diri kita balik, apa yang kita perolehi dari Ramadhan itu? Adakah Ramadhan, bulan tarbyyah yang kita lalui itu mampu mentarbiyyahkan diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya?

Sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian,

Tanyalah kepada diri kita yang hina ini,
Apakah Taqwa yg dijanjikan oleh Allah kita dah dapat?
Apa yang kita dapat daripadanya (Ramadhan)?
Reality hari ini, apa yang dapat kita lihat…
Ramai dalam kalangan kita semakin lemah kemampuan imanya.
Semakin kurang amal ibadatnya.
Semakin kurang amalan sedekahnya,
Semakin kurang qiamullailnya setiap malam,
Semakin kurang solat berjemaahnya di masjid2,

Yang mana suatu ketika dahulu , amalan2 ini menjadi rebutan buat kita, menjadi perkara yang kita utamakan di bulan Ramadhan. Tapi bila hilangnya Ramadhan, maka segala apa yang kita lakukan juga semakin hari semakin hilang.. hilang bersama perginya Ramadhan itu…

Masjid2 semakin berkurang bilangan jemaahnya, amalan2 bersedekah sudah tidak dipedulikan, qiamullail sudah tidak dititikberatkan…solat2 fardhu tidak dilakukan secara berjemaah…

Sedih…Bilamana segala amal yang kita lakukan di atas dasar ketidakfahaman kita…menyebabkannya menjadi satu budaya pada masyarakat kita pd hari ini.
Inilah Istiqamah yang tertinggal di dalam Ramadhan.
Firmanullah S.W.T dalam surah HUD yang membawa maksud:



* (112) Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian; dan janganlah kamu melampaui batas; Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
* (113) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), nescaya Neraka akan menyambarmu kepadanya, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
* (114) Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.
* (115) Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.



Duhai sahabat sahabatku…

Pernahkah kita Tanya kepada diri kita, kenapa perkara-perkara ini berlaku pada diri kita? Jawabnya..
Kerana kita tertinggal satu konsep yang cukup penting…iaitu konsep PENGHAYATAN…
Walaupun kita melalui bulan Ramadhan dengan bayaknya amal2 yang kita lakukan, namun kita gagal menghayatinya. Kita gagal menghayati bulan Ramadhan. Hayatilah setiap apa yang kita lakukan, mudah-mudahan ianya memberi kesan kepada hati kita.

Pesanan buat diri yang menulis dan sahabat sahabiah sidang pembaca… Syukran.