About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Saturday, June 27, 2009

.: SELAMAT DATANG kepada MAHASISWA BARU:.


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah kepada semua mahasiswa mahasiswi baru UTM. Saya mewakili seluruh ahli Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada semua kerana telah berjaya terpilih untuk meneruskan pengajian di UTM Skudai ini. Selamat Datang... Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum.

Selamat berjuang di bumi bertuah UTM ini. Bukan mudah untuk bergelar seorang mahasiswa yang berjaya kerana adik-adik semua terpaksa menempuh pelbagai realiti kehidupan kampus yang sungguh mencabar. "Belajar sambil Mencabar" akan menjadikan dunia kampus anda penuh dengan warna-warni kemahasiswaan.

Selamat menempuh cabaran yang bakal mendatang. Harus diingat, sedikit "KELEKAAN" akan menyebabkan adik-adik tergelincir dari matlamat anda semua. Kami di pihak PMIUTM bersedia untuk membimbing serta memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik semua. Selamat maju jaya. Sekian, terima kasih. Siiru ala barakatillah.

"Together With PMI"

Sunday, June 21, 2009

:: Apalah Maknanya Kemewahan... ::

Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak.




Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak.



Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat “Demi Allah, sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika dia mendapat tempat di syurga Allah.”

Setelah itu Allah memperlihatkan tempat yang disediakan untuk nelayan kafir. Berkata malaikat “Alangkah malangnya nasib si-kafir. Sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahannam.”

Apalah maknanya kemewahan jika tidak mensyukuri dan beriman dengan Allah

Monday, June 15, 2009

::Ku Rindukan Kumandang Azan dari Aya Sofya::

Assalamualaikum…

Aya Sofya, pernah mencatatkan sejarah dengan menyaksikan Kota Constantinople ditawan oleh Al-Fateh, sebaik-baik ketua bersama sebaik-baik tenteranya. Kemenangan sultan ke-7 dalam pemerintahan Daulah Othmaniyyah itu merealisasikan hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W yang diucapkan ketika Perang Khandak setelah lebih 800 tahun lalu.
Sultan Al-Fateh

Hadis nabi Muhammad S.A.W:

" Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”-Hadis Riwayat Imam Ahmad

Serentak dengan kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh itu, Aya Sofya yang sebelum ini dipenuhi dengan patung-patung dan gambar-gambar yang mensyirikkan Allah S.W.T dibersihkan oleh para mujahideen.

Aya Sofya: Nadi umat Islam

Laungan azan berkumandang dan solat Jumaat pertama didirikan dalam Aya Sofya. As-Syeikh As- Samsuddin Al-Wali, murabbi Sultan Muhammad Al-Fateh menyampaikan khutbah mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan itu. Aya Sofya kekal menjadi nadi umat Islam sehinggalah kejatuhan khilafah Othmaniyyah secara rasmi pada tanggal 1924M di tangan Mustapa Kamal Ataturk.

Selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah ke tangan Ataturk, serentak dengan itu juga Masjid Aya Sofya ditukarkan oleh Ataturk kepada sebuah muzium, menyebabkan ianya dipenuhi semula oleh gambar-gambar syirik. Tiada lagi laungan azan kedengaran dari masjid yang menyimpan nostalgia kemenangan umat Islam ke atas kuffar suatu masa dahulu.




Parti Refah dalam manifestonya berjanji untuk mengembalikan semula Aya Sofya menjadi sebuah masjid. Walaubagaimanapun, parti Islam itu akhirnya diharamkan oleh pemerintah Turki.

Kemenangan Islam yang Dekat

Firman Allah:

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (As-Soff:13)

Islam pasti menang! Itu janji Allah yang pasti! Sesungguhnya, ku rindukan kumandang azan dari Aya Sofya.

Di mana SILAPNYA?

Assalamualaikum…

Terkedu saya menatap satu berita yang cukup menyayat hati. Berita tentang penemuan sekujur mayat bayi lelaki di hadapan sebuah rumah cukup menyentap perasaan saya. Pelbagai persoalan timbul dalam kepala ini. Mungkin berita pembuangan bayi ini sudah menjadi satu fenomena biasa dalam masyarakat kita hari ini. Namun, bukan ini yang menimbulkan persoalan di fikiran ketika ini. Tetapi, apa yang menimbulkan persoalan ialah kenapa perkara sebegini boleh dilakukan dalam kalangan mereka yang mendapat pendidikan agama?? Cukup membuntukan fikiran.

Mayat bayi berkenaan dibuang oleh ibunya, seorang pelajar yang belajar di sekolah agama!! Cukup memalukan perlakuan ini. Apakah dengan didikan agama yang diterima oleh pelajar berkenaan tidak cukup sehingga dia tergamak melakukan perkara yang sebegitu? Pelik saya memikirkan dunia hari ini.

Semalam saya dikunjungi oleh seorang sahabat yang belajar di IPTA di ibu negara. Beberapa perkara telah kami bincangkan bersama di samping bertukar-tukar idea dan pandangan tentang beberapa isu termasuklah juga tentang isu yang berkaitan dengan sikap segelintir mahasiswa mahasiswi yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan agama. Saya cukup terkejut bila dia menceritakan perihal adanya segelintir golongan yang mengambil jurusan ini menunjukkan nilai akhlak yang sangat rendah!

Sepatutnya, mereka yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan pendidikan Islam, Syariah, dan sebagainya menjadi contoh kepada mahasiswa yang lain, menunjukkan keperibadian Islam serta ketinggian akhlak yang baik, bukannya turut sama terjebak dalam gejala-gejala social yang menjijikkan. Cukup memalukan bila diceritakan mereka juga turut terlibat dengan gejala couple, dan ada juga perkara yang lebih menjijikan dan memalukan yang dilakukan oleh mereka ini. Astaghfirullah… Dimana silapnya?

Apakah sistem pendidikan agama yang dibuat di negara ini benar-benar menepati ataupun menyentuh perkara yang disyariatkan oleh Islam itu sendiri atau sekadar menyentuh tentang perkara-perkara tertentu sahaja sehingga menyebabkan sistem pendidikan gagal berfungsi untuk membentuk jati diri pelajar? Apakah solusi yang terbaik bagi menyelesaikan fenomena yang menakutkan ini?

Usaha Mahasiswa

Bila berlakunya perkara ini, suara mahasiswa lantang mengemukakan pandangan mereka. GAMIS yang berperanan mengetuai Mahasiswa Islam di negara ini mengemukakan satu medium untuk mencari penyelesaian jangka panjang. Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Oleh itu, adalah diharapkan agar kongres ini bakal menghasilkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah yang kian parah melanda anak-anak muda tak kira di peringkat institusi sekolah ataupun institusi pengajian tinggi. Adalah diharapkan juga penglibatan pihak yang berwajib untuk menerima serta membuat perubahan dalam sistem pendidikan negara yang sedia ada.

Sunday, June 14, 2009

::Nasihat buat DIRIKU dan SAHABAT-SAHABATKU::

Umumnya untuk semua yang bergelar PENDOKONG agama Allah!


>Buat kerja Islam mesti dengan hati yang ikhlas.
> Buat kerja Islam mesti bersungguh-sungguh kerana ia cermin kepada keikhlasan.
> Buat kerja Islam mesti sabar dengan ujian yang bakal menimpa.


> Buat kerja Islam bukan untuk disanjung.
> Buat kerja Islam bukan untuk dikenang.
> Buat kerja Islam bukan untuk dipuji.
> Buat kerja Islam bukan untuk tunjuk hebat.
> Buat kerja Islam bukan untuk dibayar.
> Buat kerja Islam bukan untuk mengungkit segala pengorbanan.
> Buat kerja Islam bukan untuk merendahkan sahabat seperjuangan yang lain.


> Buat kerja Islam mendidik kita untuk lebih rapat dengan Allah dan Rasul.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk berlapang dada.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk sentiasa berfikir.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk bekerja dengan laju.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk manfaatkan masa yang ada.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk matangkan diri.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk jaga penampilan.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk sayangkan sahabat.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk jadi hamba dan khalifah Allah yang sejati.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk menjaga amanah sebaik mungkin.
> Buat kerja Islam mendidik kita untuk menghargai sumbangan sahabat lain walaupun sedikit.


Apa yang PENTING, biarlah banyak bekerja dari banyak berkata. Kadang kala, kita lebih suka mengkritik, merendahkan sahabat lain seolah-olah kita yang hebat. Hebat sangat ke kita hingga suka mengungkit segala pengorbanan yang sedikit???..Tepuk dada dan tanyalah iman. Ya Allah yang membolak balikkan hati, thabatkanlah hati kami dalam Islam dengan ketaatan kepada Mu. Amin.

>RUKHFIS G6<