About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Monday, June 15, 2009

::Ku Rindukan Kumandang Azan dari Aya Sofya::

Assalamualaikum…

Aya Sofya, pernah mencatatkan sejarah dengan menyaksikan Kota Constantinople ditawan oleh Al-Fateh, sebaik-baik ketua bersama sebaik-baik tenteranya. Kemenangan sultan ke-7 dalam pemerintahan Daulah Othmaniyyah itu merealisasikan hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W yang diucapkan ketika Perang Khandak setelah lebih 800 tahun lalu.
Sultan Al-Fateh

Hadis nabi Muhammad S.A.W:

" Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya”-Hadis Riwayat Imam Ahmad

Serentak dengan kemenangan Sultan Muhammad Al-Fateh itu, Aya Sofya yang sebelum ini dipenuhi dengan patung-patung dan gambar-gambar yang mensyirikkan Allah S.W.T dibersihkan oleh para mujahideen.

Aya Sofya: Nadi umat Islam

Laungan azan berkumandang dan solat Jumaat pertama didirikan dalam Aya Sofya. As-Syeikh As- Samsuddin Al-Wali, murabbi Sultan Muhammad Al-Fateh menyampaikan khutbah mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan itu. Aya Sofya kekal menjadi nadi umat Islam sehinggalah kejatuhan khilafah Othmaniyyah secara rasmi pada tanggal 1924M di tangan Mustapa Kamal Ataturk.

Selepas kejatuhan Khilafah Othmaniyyah ke tangan Ataturk, serentak dengan itu juga Masjid Aya Sofya ditukarkan oleh Ataturk kepada sebuah muzium, menyebabkan ianya dipenuhi semula oleh gambar-gambar syirik. Tiada lagi laungan azan kedengaran dari masjid yang menyimpan nostalgia kemenangan umat Islam ke atas kuffar suatu masa dahulu.




Parti Refah dalam manifestonya berjanji untuk mengembalikan semula Aya Sofya menjadi sebuah masjid. Walaubagaimanapun, parti Islam itu akhirnya diharamkan oleh pemerintah Turki.

Kemenangan Islam yang Dekat

Firman Allah:

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (As-Soff:13)

Islam pasti menang! Itu janji Allah yang pasti! Sesungguhnya, ku rindukan kumandang azan dari Aya Sofya.

No comments:

Post a Comment