About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Monday, June 15, 2009

Di mana SILAPNYA?

Assalamualaikum…

Terkedu saya menatap satu berita yang cukup menyayat hati. Berita tentang penemuan sekujur mayat bayi lelaki di hadapan sebuah rumah cukup menyentap perasaan saya. Pelbagai persoalan timbul dalam kepala ini. Mungkin berita pembuangan bayi ini sudah menjadi satu fenomena biasa dalam masyarakat kita hari ini. Namun, bukan ini yang menimbulkan persoalan di fikiran ketika ini. Tetapi, apa yang menimbulkan persoalan ialah kenapa perkara sebegini boleh dilakukan dalam kalangan mereka yang mendapat pendidikan agama?? Cukup membuntukan fikiran.

Mayat bayi berkenaan dibuang oleh ibunya, seorang pelajar yang belajar di sekolah agama!! Cukup memalukan perlakuan ini. Apakah dengan didikan agama yang diterima oleh pelajar berkenaan tidak cukup sehingga dia tergamak melakukan perkara yang sebegitu? Pelik saya memikirkan dunia hari ini.

Semalam saya dikunjungi oleh seorang sahabat yang belajar di IPTA di ibu negara. Beberapa perkara telah kami bincangkan bersama di samping bertukar-tukar idea dan pandangan tentang beberapa isu termasuklah juga tentang isu yang berkaitan dengan sikap segelintir mahasiswa mahasiswi yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan agama. Saya cukup terkejut bila dia menceritakan perihal adanya segelintir golongan yang mengambil jurusan ini menunjukkan nilai akhlak yang sangat rendah!

Sepatutnya, mereka yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan pendidikan Islam, Syariah, dan sebagainya menjadi contoh kepada mahasiswa yang lain, menunjukkan keperibadian Islam serta ketinggian akhlak yang baik, bukannya turut sama terjebak dalam gejala-gejala social yang menjijikkan. Cukup memalukan bila diceritakan mereka juga turut terlibat dengan gejala couple, dan ada juga perkara yang lebih menjijikan dan memalukan yang dilakukan oleh mereka ini. Astaghfirullah… Dimana silapnya?

Apakah sistem pendidikan agama yang dibuat di negara ini benar-benar menepati ataupun menyentuh perkara yang disyariatkan oleh Islam itu sendiri atau sekadar menyentuh tentang perkara-perkara tertentu sahaja sehingga menyebabkan sistem pendidikan gagal berfungsi untuk membentuk jati diri pelajar? Apakah solusi yang terbaik bagi menyelesaikan fenomena yang menakutkan ini?

Usaha Mahasiswa

Bila berlakunya perkara ini, suara mahasiswa lantang mengemukakan pandangan mereka. GAMIS yang berperanan mengetuai Mahasiswa Islam di negara ini mengemukakan satu medium untuk mencari penyelesaian jangka panjang. Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam adalah satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Oleh itu, adalah diharapkan agar kongres ini bakal menghasilkan jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah yang kian parah melanda anak-anak muda tak kira di peringkat institusi sekolah ataupun institusi pengajian tinggi. Adalah diharapkan juga penglibatan pihak yang berwajib untuk menerima serta membuat perubahan dalam sistem pendidikan negara yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment