About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Wednesday, September 9, 2009

Perkongsian di BAKAT '09

Assalamualaikum & salam sejahtera buat sahabat sahabiah.
Alhamdulillah, Team Fasi LPK telah berjaya menganjurkan BAKAT '09 yang diadakan pada 29hb Ogos yang lalu. Berikut adalah perkongsian berkenaan dengan slot-slot yang ada dalam bengkel ini.

Slot pertama BAKAT '09 dimulakan dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Hamdan dari PKK. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk Etika Fasilitator Hebat. Gaya penyampaian beliau sangat mengujakan para peserta serta fasilitator yang ada. Semua peserta tidak kering gusi dengan keadaan yang sentiasa ceria dan menghiburkan. Menurut Dr. Hamdan, untuk menjadi seorang fasilitator yang hebat, kita mestilah mempunyai beberapa sifat yang mampu menarik minat orang terhadap kita. Antaranya ialah seorang fasilitator itu mestilah seorang pendengar yang hebat, tidak menghukum dan memihak, kritis dan kreatif serta mampu mengenali jiwa peserta dan mampu menjadikan mereka dinamik.




Kemudian, slot LDK 1 dijalankan selepas para peserta berhenti rehat seketika. Dalam LDK 1 ini, para peserta didedahkan mengenai satu keypoint yang penting yang mesti dipunyai oleh semua fasilitator. "P.I.K.A.T" merupakan satu elemen yang sagat penting bagi seorang fasilitator dalam mengedalikan peserta. Untuk mendapatkan keypoint PIKAT tersebut, semua peserta terpaksa bergerak dari satu checkpoint ke satu checkpoint untuk mengumpulkan perkataan PIKAT tersebut.



P membawa maksud POSITIF, yang mana sifat positif mesti ada pada semua fasilitator. Dalam LDK ini, peserta dikehendaki mengapungkan sebatang jarum di atas permukaan air. Nothing is impossible. Be positive. berkat kesabaran, peserta-peserta dapat mengapungkan jarum tersebut. I membawa maksud Ilmu. Seorang fasilitator mestilah kaya dengan pelbagai ilmu, baik dari sudut ilmu agama dan selainnya. Ini kerana, semasa dalam program, adik-adik biasanya akan banyak bertanya mengenai pelbagai persoalan kapada fasilitator kerana mereka dahagakan ilmu. Antara persoalan yang biasa ditanya oleh adik-adik adalah perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian seperti solat, puasa, sirah dan sebagainya. Oleh itu, seorang fasilitator mestilah kaya dengan ilmu pengetahuan yang pelbagai.

K membawa maksud kreatif. Dalam LDK ini, peserta dikehendaki menciptakan sejenis origami yang berbeza antara satu sama lain dan mereka dikehendaki mencantumkan origami-origami berkenaan supaya menjadi sebuah arca yang cantik dan menarik. Objektif checkpoint ini adalah untuk melahirkan fasilitator yang berfikiran kreatif. Ini juga merupakan satu ciri yang amat penting kerana fasi perlu memahami bahawa setiap adik-adik ini mempnuyai perwatakan dan penerimaan yang berbeza. Oleh itu, fasi mestilah bijak untuk menyatukan pendekatan yang dibawa agar boleh diterima oleh adik-adik dalam kumpulan kendaliannya.







A adalah amanah, merupakan pembinaan karektor yang penting kepeda seorang yang ingin bergelar fasilitator. T pula adalah tegas dan toleransi. Sikap tegas dan toleransi juga mestilah ada pada diri seorang fasilitator. Tegas terhadap perkara-perkara hak namun mestilah bertoleransi dengan mereka (adik-adik).



Bengkel disambung selepas solat zohor dengan ceramah kedua yang disampaikan oleh Penasihat PMIUTM, Ust. Dr. Ismail Bin Mustari yang menyentuh mengenai cara untuk menangani peserta program yang bermasalah. Ust. Ismail banyak mengaitkan kisah-kisah kehidupan beliau di samping memberikan contoh-contoh kepada fasi mengenai cara untuk mengawal dan memobilasi adik-adik yang mengikuti program motivasi.





Kemudian, slot LDK 2 dijalankan. Untuk sesi LDK 2, semua peserta dengan bantuan AJK program bersama-sama untuk brainstorming bagi menghasilkan modul-modul yang kreatif berkaitan denga taaruf, muhasabah, akhlak dan ukhuwwah. Modul-modul ini disimpan oleh pihak Team Fasi LPK bagi kegunaan kem-kem motivasi yang seterusnya.
-Team Fasi LPK 09-

No comments:

Post a Comment