About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Tuesday, March 17, 2009

MAHASISWA: Jangan Takut Menyatakan Pendirian!!


Bismillahirrahmanirrahim...

13. Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.
14. dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan Yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan Yang lain dari pada-Nya; jika kami menyembah Yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu Yang jauh dari kebenaran."

Surah Al-Kahfi, ayat 13 dan 14.

Melihat situasi sekarang, mahasiswa dewasa kini semakin berani untuk kehadapan mendepani isu-isu semasa. Kematangan mahasiswa kini dilihat sebagai salah satu medium yang terbaik untuk kita mencelah serta memberi pandangan dalam konteks mahasiswa itu sendiri mengenai beberapa isu hangat hari ini seperti PPSMI, isu politik negara dan sebagainya. Kematangan mahasiswa hari ini dilihat adalah hasil daripada kesedaran mereka terhadap isu-isu yang semakin hari semakin menggugat kedaulatan negara yang kita sayangi, Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, mahasiswa bertindak selaku check and balance dan bersifat non-partisan. Seharus, lebih ramai lagi mahasiswa sepatutnya berani untuk memberi pandangan serta melemparkan idea-idea serta kritikan yang membina demi kebaikan dan kesejahtaraan Negara. Mahasiswa yang suatu ketika dahulu dilihat mampu menggugat serta menggigit pada hari ini sekali lagi cuba untuk bangkit dalam abad yang ke-21 ini melalui cara yang tersensidi.

Nah! Lihatlah sekarang, betapa mahasiswa pada hari ini walaupun dikongkong dengan AUKU yang dikatakan menjajah pemikiran dan membataskan tindakan mereka, tetapi kita masih mampu bersatu untuk memberikan respon serta pandangan untuk beberapa isu. Walaupun begitu, hanya sesetengah daripada mahasiswa sahaja yang aktif dan peka dengan isu-isu sebegini. Persoalannya, di manakah mahasiawa yang lain?

Mantan Presiden MPM UM, Ust. Hisomuddin Bakar, dalam program SIDANA 09 yang telah berlangsung di UM anjuran Persatuan Mahasiswa Islam UM baru-baru ini telah membahagikan mahasiswa kepada 3 kelompok utama, iaitu mahasiswa yang terlibat secara aktif dalam mendepani isu-isu semasa, kedua mahasiswa yang hanya bersikap tunggu dan lihat apa yang berlaku disekitar mereka tanpa memberikan apa-apa respon dan yang ketiga, mahasiswa yang tidak tahu langsung tentang apa yang berlaku, yang hanya mementingkan dunia akademik semata-mata!

Ayuh mahasiswa!

Dunia mahasiswa ini hanyalah sekejap sahaja. Jika anda hanya bergelumang dengan dunia akademik semata-mata, tanpa memandang serta menyedari apa yang berlaku disekeliling anda, warna-warni dunia mahasiswa tidak akan wujud. Sesungguhnya, mahasiswa selaku orang muda yang berani perlu mecabar keadaan selesa “comfort zone” yang kita lalui sekarang, bukan untuk meletakkan diri kita dalam keadaan “mencari masalah”, sebaliknya bertindak berani untuk memberi serta melontarkan pandangan selaku seorang mahasiswa yang cakna dengan isu-isu yang berlaku.

Inilah yang dikatakan mahasiswa! “Intelektual mahasiswa” yang dimiliki seharusnya dipergunakan sebaiknya agar dengan adanya golongan mahasiswa di negara ini, sekurang-kurangnya kita mampu menyapa pandangan masyarakat Malaysia bahawa kehadiran kita dalam mendepani isu-isu yang berlaku di Malaysia mendapat perhatian daripada pihak yang berkenaan. Umum mengetahui, kehadiran mahasiswa sebelum ini tidak diendahkan oleh golongan-golongan tertentu dek kerana mahasiswa itu sendiri yang lesu. Disebabkan kelesuan inilah, kewujudan kita tidak diketahui malah dipandang enteng oleh masyarakat sekeliling.

Namun, pada hari ini, peranan mahasiswa dilihat semakin menonjol. Dikepalai oleh GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung), gerakan mahasiswa hari ini telah berjaya menongkah arus, membelah badai yang menyekat mahasiswa untuk bersuara dan menyatakan pendirian! Ini terbukti dengan mobilasi oleh GAMIS membawa mahasiswa “turun padang” menyatakan pendirian mereka terhadap beberapa isu seperti Isu Palestin, isu kemelut politik yang berlaku di Perak serta yang terbaru, isu PPSMI.
Badai ketakutan mahasiswa.

Kita amat memahami, segelintir mahasiswa hari ini menjadi pasif disebabkan dengan dunia mahasiswa yang selesa ini, dengan mendapat pebagai kemudahan yang disediakan menjadi takut apabila menyatakan pandangan mereka tentang sesuatu isu, tindakan akan dikenakan kepada mereka seperti menarik balik kemudahan yang mereka perolehi. Inilah situasi yang telah memenjarakan mahasiswa daripada melontarkan pandangan serta idea mereka berhubung sesuatu isu.
“Berkata benarlah walaupun ianya pahit”- maksud hadis.

Sudah terang lagi bersuluh, yang HAK TETAP HAK, yang BATIL TETAP BATIL. Seperti ayat al-quran dari surah Al-Kahfi yang saya jadikan sebagai muqaddimah kepada tajuk artikel ini, walaupun kita berada dalam situasi manapun, mahasiswa perlu berani bersuara menyatakan pandangan, idea serta kritikan terhadap isu-isu yang berlaku, lebih-lebih lagi isu utama yang berkaitan dengan isu mahasiswa, kedaulatan dan perundangan negara serta kebajikan rakyat dan juga kepimpinan.

HIDUP!! HIDUP!! MAHASISWA!!
BANGKIT!! BANGKIT!! MAHASISWA!!
"Bersama Membangun Ummah"
-MKAH-

No comments:

Post a Comment