About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Wednesday, March 18, 2009

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul PMI & Kelab STAR














UTM – LPK PMIUTM dengan kerjasama Kelab STAR telah mengadakan satu majlis Maulidul Rasul bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak pada 9 Mac, jam 9.00 malam. Ceramah yang bertajuk “Kelahiran Kekasih Allah Yang Dinanti” telah mendapat sambutan yang amat baik daripada mahasiswa UTM. Penceramah jemputan dari PPIPS, Ustaz Zulkifli, telah memberi penerangan yang cukup jelas berkaitan sejarah hidup junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.. Majlis berlangsung dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Dalam ceramah ini, dapat kita rasai bahawa kelahiran Rasulullah S.A.W. telah memberi impak yang besar kepada kita. Rasulullah telah memberi kekuatan rohani iaitu SEMBAHYANG sebagai hadiah untuk ummatnya. Baginda mendapat secara langsung daripada Allah S.W.T.. Iman manusia boleh bertambah dan berkurang. Sembahyang adalah saat yang paling hampir dengan Allah, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-‘Alaq, ayat 19. Jadi, kekuatan boleh dijana melalui sembahyang yang sempurna. Hiburan yang melampau (Hedonisme) telah menular dalam kalangan ummat Islam pada hari ini. Sambutan kelahiran Rasulullah S.A.W. telah dianjurkan oleh saudara ipar Salahuddin Al-Ayubbi, Malik Mu’azzam, dengan cara berzanji, berqasidah kerana pada waktu itu umat Islam telah mengalami keruntuhan moral disebabkan mereka telah dikuasai oleh tentera Salib.




Untuk mengembalikan sunnah Rasulullah, Salahuddin telah berjaya menguasai tempat-tempat yang dikuasai oleh tentera-tentera Salib.
Malik Mu’azzam telah gugur syahid dalam peperangan Salib. Ummat hari ini perlu disedarkan dan diterapkan dengan kekuatan iman supaya tidak lagi terleka dengan budaya-budaya luar yang sememangnya bertujuan untuk menjatuhkan ummat Islam. Apa yang penting di sini, sensitiviti adalah hanya selemah-lemah iman. Senjata mu’min adalah doa, kehidupan adalah ibadah dan kita adalah bagaimana kita berakhir. Jadikanlah al-Quran dan al-Sunnah sebagai pembimbing untuk kembali kepada kehidupan yang abadi di akhirat kelak.



Selesai ceramah, majlis telah menayangkan sedikit montaj. Seterusnya, semua peserta diminta untuk berdiri dan mengalunkan qasidah Muhammadiyah yang diketuai oleh saudara Mohd Hafizudin B. Misbah, pengerusi Kelab STAR dan saudara Mohamad Firdaus B. Abd Rahman, Timbalan Presiden PMI UTM dan beberapa orang sahabat lagi. Majlis telah berakhir pada jam 11.00 malam. Sebelum bersurai, sedikit jamuan telah disediakan untuk VIP dan semua peserta. Marilah kita sama-sama memupuk semangat cintakan Rasulullah S.A.W., kerana cinta kepada Rasulullah, bererti cinta kepada Allah S.W.T.
“Bersama Membangun Ummah.”
-lpkpmiutm-

No comments:

Post a Comment