About me

Lujnah Pendidikan & Kepimpinan PMIUTM. Merupakan salah sebuah lujnah dalam organisasi PMIUTM.

Followers

Tuesday, March 24, 2009

Seminar Kepimpinan Islam 09 di MMU Melaka

>Mahasiswa Main Peranan Kepimpinan Islam


Seminar Kepimpinan Islam dengan tema "Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa"

Assalamualaikum. Lujnah Pendidikan dan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam UTM telah dijemput untuk menghadiri Seminar Kepimpinan Islam 09 di MMU Melaka. Seramai 13 orang sahabat LPK telah menyertai seminar ini. Seminar ini telah mempertemukan para peserta dengan beberapa orang jemputan khas antaranya Ustaz Dzulkhairi Bin Mohd Nor, Presiden GAMIS, Ustaz Azlan Bin Zainal, aktivis mahasiswa, Ustazah Rafidah Jannah dari GAMIS, dan juga beberapa orang sahabat daripada PMIUM seperti saudara Hasbi Muda, mantan pimpinan PMIUM.
Beberapa slot telah diadakan dalam seminar tersebut seperti forum yang membincangkan tentang Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa Islam oleh Ust. Dzulkhairi, Ust. Azlan dan Ust. Taufiq(MMU), pembentangan kertas kerja serta LDK.

BUKIT BERUANG - Institusi Usrah atau IU telah ditubuhkan sejak 1996 di Universiti Multimedia (MMU) Kampus Melaka.
Di antara matlamat serta objektif penubuhan IU adalah untuk mewujudkan dan mewarnai keadaan di MMU dengan nilai-nilai ketinggian akhlak dan biah solehah ataupun dalam erti kata lain persekitaran yang baik dari segi agama, budaya bangsa serta adab-adab ketimuran.





Pengarah program Seminar Kepimpinan Islam, Nik Muhammad Amin Nik Muhammad Kamil berkata, IU adalah untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai din-ul Islam kepada siswa dan siswi yang beragama Islam secara khasnya dan bukan Islam amnya sejajar dengan prinsip perlembagaan Malaysia yang menyatakan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi negara.

“Selaras dengan itu, bagi sesi akademik 2008/2009, Institusi Usrah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (STAD) menganjurkan seminar kepimpinan Islam yang bertemakan ‘Dimensi Baru Kepimpinan Mahasiswa’ sebagai satu medium untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang sebenar mengenai metodologi kepimpinan Islam kepada pelajar-pelajar MMU khasnya serta masyarakat di sekitar Melaka amnya.

“Sememangnya mahasiswa sejak di kampus lagi harus digilap bakat kepimpinannya supaya dapat menjadi seorang pemimpin-pendidik ataupun ‘transforming leader’ yang mampu merubah masyarakat menjadi lebih baik dan unggul pada masa akan datang apabila mereka menjadi pemimpin negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.
Menurutnya lagi, menginsafi keadaan ini, pemimpin mahasiswa perlulah menilai kembali peranan mereka.


Ustazah Rafidah Jannah antara pimpinan GAMIS yang turut hadir menjadi fasilitator


Ust Khairul Hidayat dari GAMIS menjadi fasilitator dalam slot LDK

“Pimpinan mahasiswa perlu menoleh kembali sejarah perjuangan, mengamati dan menganalisis cabaran semasa serta membentuk visi dan misi masa depan.
“Hanya mahasiswa yang mempunyai visi dan misi masa depan saja yang akan sedar betapa mahalnya nilai perpaduan, toleransi, budaya dan tradisi ilmu, memahami adabul ikhtilaf (berbeza pandangan), faham menguruskan perubahan (managing changes) dan musyawarah bagi merealisasikan Islam sebagai membawa rahmat ke seluruh alam,” katanya lagi.

Katanya, tanpa usaha yang bersunggguh- sungguh dan disertai dengan jiwa yang besar, ia sekadar menjadikan mahasiswa itu didedahkan dengan budaya ‘rubber stamp’ atau pun budaya angguk.


Peserta Muslimin Bergambar Kenangan


Peserta SKI '09 Muslimat

Sahabat2 Institusi Usrah (IU) yang menjadi AJK program.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/ archive/020309/ mns/story2501380 .asp

No comments:

Post a Comment